Translate

21/03/2011

Apa dah berlaku - Video Adun PAS Bukit Payong Di Tangkap........





Saksikan Video di atas dan kemudiannya Ikuti Artikel di Bawah ini....

Baru ni Negeri Terengganu di GEGORkan dengan isu KHALWATHaji Md.Din bin Jusoh pegawai kepada ADUN BUKIT PAYONG (PAS) iaitu YB Mohd.Nor Hamzah. Tetapi di nafikan oleh ADUN tersebut..

Baru-baru ini sepupu Adun berkenaan, Fazli Ali di Binjai Rendah yang juga merupakan anak saudara Md.Din telah menbuat pengakuan berkenaan isu khalwat ini..

Katanya, emak beliau adalah adik beradik Haji Md.Din dan emak saudara juga kepada YB Adun Pas bukit Payong itu.
“Ini isu keluarga, tetapi yang salah tetap salah. YB Mohd.Nor sebagai orang berpendidikan agama dan berpegang kepada ajaran Islam, perlulah mengaku dan menerima hakikat,” kata Fazli.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan YN Mohd.Nor bahawa beliau tidak mengenali lelaki bernama Md. Din itu.

Laporan akhbar Sinar Harian Selasa lalu :

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah akan memfailkan samanterhadap sebuah akhbar arus perdana dan laman blog yang didakwa mengaitkan beliau dengan seorang lelaki yang ditangkap khalwat bersama wanita warga Indonesia.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Terengganu menegaskan, dakwaan bahawa lelaki itu pegawai beliau dan mempunyai hubungan darah daging dengannya, adalah tidak benar sama sekali. 

Mohd Nor ketika ditemui turut menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya dengan menegaskan, beliau tidak pernah mengenali individu terbabit yang ditahan khalwat bersama pasangannya di Kampung Alor Tuman, Pulau Kerengga, Marang, Jumaat lalu. 

“Saya tidak pernah lantik seorang pegawai dan percaya dakwaan itu bertujuan untuk memburukkan dan memfitnah saya bagi menjatuhkan kredibiliti saya sebagai ADUN. 

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada peguam Pasuntuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini, semalam. 

Beliau yang hadir bersama pengikutnya di balai polis untuk membuat laporan berhubung perkara itu bagaimanapun diminta ke Balai Polis Chendering kerana difahamkan ‘server’ di IPD Kuala Terengganu mengalami masalah. 

Akhbar perdana tersebut, melaporkan bahawa Md.Din ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, semalam (kelmarin) selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat awal pagi Jumaat lalu. 

Akhbar tersebut turut memetik bahawa tertuduh adalah bapa saudara kepada ADUN Bukit Payong itu.


Dalam kejadian Jumaat lalu, Md Din Jusoh, 52, dan Dede Kurniasih, 34, yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan di dalam sebuah kereta di Alor Tuman, di Marang.

Pasangan itu didakwa berada dalam keadaan menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral kira-kira jam 1.30 pagi.

KATA Fazli lagi :

“Saya berharap sesiapa yang mengetahui isu ini hendaklah menerima secara rasional dan ambil pengiktibaran darinya”.



“Saya adalah sepupu YB Mohd.Nor Adun Pas Bukit Payong dan dia adalah sepupu benar saya sebelah emak dan Mat Din itu adalah bapa saudara kami “ katanya sambil meminta YB Adun Pas itu tidak sampai menafikan darah daging sendiri hanya kerana hendak menutup hakikat sebenar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...