Translate

12/02/2011

Talkin Untuk Anwar: Sri Kandi 7 Mengganas di Jalan Kebun Klang

Arggghh!! Blog Wak Jengkol baru bangkit dari  TIDUR yang panjang. Harap-harap lepas ini blog wak tak tertidur lagi dan dapat terus menulis. Jangan salah sangka pula ya, bukan sebab malas nak menulis. Tapi disebabkan oleh tuntutan kerja yang berlambak-lambak. Sejak akhir-akhir ini banyak pula job nak kena buat dan perlu disiapkan. Nak update blog pun tak sempat. Tak mahu mukadimah panjang-panjang, kita terus masuk gear 5 dan pencut laju ke depan.
Malam tadi memang best, sesuatu yang menggemparkan telah berlaku di Jalan Kebun Klang. Rugi bagi anda yang tak dapat hadir mengikuti sesi ceramah atau pidato tersebut. Antara pemidato jemputan malam tadi ialah Dato Satim Diman selaku ketua pembangkang Selangor yang baru.  Saudara Rahimi Otahman merangkap bekas pegawai khas kepada Anwar Ibarhim. Dan penampilan yang paling istimewa sekali ialah dangan kemunculan Ummi Hafilda Hj Ali (Kak Ummi). Buat pertama kalinya wak dapat bersua dengan Kak Ummi secara dekat dan live, walaupun tak berpeluang nak say 'hi' dapat ambil gambar pun jadi la..huhuhu..



Pemidato pertama malam tadi telah digalas oleh suadara Rahimi Othman. Walaupun nampak gugup sedikit dalam berhujah, mungkin disebabkan tidak biasa berucap di hadapan hadirin yang ramai, namun point yang cuba hendak disampaikan kepada mereka yang hadir mudah difahami. Antara point yang dihuraikan lebih tertumpu kepada kegiatan Anwar Ibrahim di luar dan di dalam negara. Antaranya ialah kegiatan Anuar dalam angensi yang berkaitan YAHUDI yang seperti kita sedia maklum. Dalam pada itu juga Rahimi ada menyatakan bahawa Anwar mempunyai pejabatnya sendiri di Amerika, wak nak sebut pun berbelit lidah maklumlah bahasa orang putih, dalam bahasa melayunya lebih kurang macam Pejabat Pakar Runding. Begitu lah bunyinya.


Kes liwat yang berkenaan dengan Saiful Bukhari & Anwar tidak dapat diulas panjang lebar oleh saudara Rahimi kerana ia masih dalam prosiding mahkamah. Dikhuatiri jika terlalu banyak maklumat yang didedahkan kepada umum ia akan mengganggu kelancaran perbicaraan kes liwat yang masih berjalan. Namun Rahimi sempat mengeluarkan satu kenyataan bahawa Dato Sri Najib dan Isterinya tidak pernah terlibat langsung dalam isu ini. Malah sanggup bersumpah cara islam untuk menafikan keterlibatan  PM dalam kes liwat Anwar. Isu lain yang dikupas oleh Rahimi berkanaan isu 16 Sept (projek kencing rakyat & lompat katak). Yang paling sukar nak percaya Anwar gemar rujuk kepada pakar tenung nasib (tok nujum). Sama ada betul ke tak apa yang keluar dari mulut Rahimi hanya Allah yang maha mengetahui. Mesti juak-juak PR angin satu badan bila dengar bab ni..Kalau nak lebih detail tanya terus kepada Rahimi, sebab dia pernah jadi pegawai khas Anwar dulu.


Saat yang ditunggu tiba juga akhirnya. Pemidato yang dinanti-nanti oleh hadirin yang hadir iaitu Umi Hafilda pula mengambil giliran untuk menghentam secukupnya Anwar dan anak emasnya Azmin Ali. Bila buka cerita pasal Anwar dah tak ada tapis-tapis lagi bila cakap. Terluah segala isi hati yang sudah lama terpandam. Boleh terbakar bontot kalau suku sakat Anwar mendegarnya. Kupasan dari Ummi Hafilda malam tadi memang mantap walau adakalanya terhenti seketika kerana tidak dapat menahan sebak ekoran dari penderitaan yang ditanggung selama 13 tahun.

Dalam banyak-banyak kenyataan Ummi Hafilda, tak sangka pulak si Nuar Berahim  gemar berbual-bual lucah dalam telefon (sex phone). Erm memang tak sesuai betul dengan imej warak yang cuba ditunjukkan kepada pengikut-pengikutnya. Dasar kaki seks..Huh!! layan..

Terserlah sifat sri kandi tulen dalam diri Ummi apabila dia menyatakan lebih rela kehilangan abang kandung dari melihat rakyat Malaysia yang berjuta-juta ini dari terus dijahanamkan oleh manusia yang berperangai dajjal bernama Anwar Ibrahim.


Dengan panjang lebar Ummi mengupas setiap isu berlaku terhadap diri beliau di sepanjang 13 tahun hidup. Ummi sendiri mendedahkan ada banyak lagi cerita-cerita yang belum pernah didengari oleh sesiapun yang bakal meletup dan akan diceritakan kepada umum. Rasanya sampai ke penghujung 2011 pun tak habis selagi Anwar tidak kembali ke habitat asalnya iaitu di Penjara Sungai Buloh. Wak nak ulas banyak-banyak pun dah tak larat. Ada banyak lagi yang perlu dinukilkan dalam entri kali ini. Saat wak menulis ni pun jam dah menunjukan pukul 3 pagi. Mana-mana isu yang wak tak sempat nak ulas, kita boleh rujuk di blog Ummi untuk mendapatkan cerita yang lebih detail. Habis Ummi berhujah, wak terus cabut, kesian tengok anak dan orang rumah dah menunggu lama dalam kereta. Hujah pemidato ke tiga iaitu Dato Satim, wak tak sempat nak ikuti dan ulas dalam entri ni. Mungkin ada blogger lain yang hadir malam tadi ada mengupas maklumat yang disampaikan oleh Dato Satim Diman. Rajin-rajinkanlah diri melayari blog..hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...