Translate

12/02/2011

Daulat Tuanku Sultan Ismail Petra ?????

Apa hal sampai sistem kehakiman Mahkamah ni pun dah macam Bangsat bila di lihat cuba nak perkotak katikkan Sultan Ismail Petra? Gomo nak mengulas mengenai kes Mahkamah yang mana telah di tolak oleh Mahkamah


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.



Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan. 



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.



Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu difailkan atas alasan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan petisyen itu dan forum yang betul untuk membuat keputusan terhadap pertikaian itu ialah Mahkamah Khas.

Ini kerana Tengku Muhammad Faris ialah Sultan Kelantan dan permohonan tuntutan mempertikaikan pelantikan seorang Sultan perlu dibuat di Mahkamah Khas. 


Panel hakim menyampaikan keputusan itu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra.



Peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra sebelum ini, Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili baginda pada 18 Januari laluselepas mahkamah menolak permohonan mereka supaya petisyen itu didengar pada pertengahan Mac kerana Raja Aziz perlu menyelesaikan rawatan perubatannya di sebuah hospital di Singapura pada awal Mac.



Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009. 


Pada 26 November tahun lalu, dua petisyen yang mempersoalkan tahap kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota semasa Sultan mengalami ketidakupayaan yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.



Mahkamah Persekutuan, dalam dua petisyen itu telah memutuskan bekas Sultan tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk merujuk persoalan berkenaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk diputuskan.



- BERNAMA 


Emmm semua boleh lihat bagaimana hal ni boleh terus berlanjutan dan Gomo sendiri akui hal ini akan terus menerus sehingga ke akhir hayat Baginda Sultan Ismail Petra. Umum mengetahui Tahap kesihatan Baginda Sultan Ismail Petra semakin baik dari masa ke semasa.



Awal awal mahkamah tak pula kata kena bawa isu Kes ini ke Mahkamah KHAS, sekarang kata kena Mahkamah Khas pulak. Ehhh auta sana sini lah pulak.....



Gomo juga berminat dengan kenayataan dalam petikan bernama ini yang menyatakan;



"Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009. "


Emmm bagaimana pula dengan surat perakuan dari Pakar pakar yang di lantik oleh Tuanku Sultan Ismail Petra? Takkan tak boleh pakai kot laporan Pakar perubatan dari Singapura ni?



Majlis Perajaan Negeri Kelantan!!! Perngubalan Undang Undang negeri di buat secara tergesa gesa! Sebab apa??? Moga Allah SWT sentiasa merahmati Tuanku Sultan Ismail Petra. Amin...



Psssttt...Allah bersama di pihak yang benar...amin - posted by Papa Gomo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...