Translate

29/01/2011

Siasatan Lanjut ‘Connections’ Anwar & Kumpulan Pengganas Antarabangsa

AIDCNews – 28/01/11 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.
“Saya telah meminta pasukan khas (anti) pengganas dan saya telah meminta Cawangan Khas, dan mereka berhubung dengan (agensi) risikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim dikaitkan dengan kumpulan pengganas ini, katanya di Labis petang tadi
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu keselamatan, suka atau tidak kita mesti mengambil serius perkara ini, katanya lagi seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.
Laporan CNN  bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” [klik di sini] semalam, 27 Jan menyebut pada bulan Ogos tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan ketidaksenangannya terhadap Arab Saudi yang menurut maklumat akan membiayai calon pembangkang, Anwar Ibrahim, pada pilihanraya umum akan datang.
Pihak berkuasa Malaysia mempercayai ‘dua putera senior diraja Arab Saudi’ turut terlibat dalam perancangan tersebut.
Ekoran daripada itu, kerajaan Arab Saudi telah melancarkan siasatan dalaman, dan mendapati sesuatu yang sangat berbeza – dan lebih membimbangkan.
Satu laporan sulit yang dilihat oleh CNN menyimpulkan: “Tidak ada bukti pegawai Saudi terlibat menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan dari kerajaan Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama-nama dipadamkan] adalah tanpa asas.”
Namun siasatan mendapati bahawa beratus-ratus juta dolar wang Saudi telah disalurkan kepada ahli-ahli politik Islamis dan aktivis politik luar negera. Turut juga ditemui bahawa al-Qaeda dan Taliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penyaluran dana, walau terdapat banyak halangan menyekat pengaliran wang tunai.
Menurut sumber dari Arab Saudi yang tidak dibenarkan bercakap kepada umum menyebut , “Orang-orang rapat dengan pemimpin senior Taliban menetap di Arab Saudi dan (mereka memainkan peranan) menghantar wang kembali” [kepada Taliban].
Hari ini beliau menganggarkan wang disalurkan kepada al-Qaeda “mencecah puluhan ribu dolar mungkin ratusan ribu.”
Laporan rahsia sembilan muka surat itu menyebut bahawa ‘The Muslim Brotherhood’ , sebuah kumpulan politik Islam di kebanyakan negara Islam, telah berusaha (mendapatkan penyaluran dana itu) “melaluipelbagai badan amal/yayasan dan organisasi – seringkali penyaluran dana rahsia itu tidak disedari oleh rakyat Saudi – untuk menyebarkan pengaruhnya dengan menyokong calon-calon (yang memperjuangkan) Islam Demokrasi.”
Menurut laporan itu, ‘bayaran balik’ adalah mudah. “Setelah calon-calon yang disokong itu berkuasa, diharapkan mereka akan lebih mengembangkan matlamat ‘Brotherhood’ itu.”
Al-Qaeda mampu mendapat manfaat daripada mekanisme pembiayaan rahsia itu, kerana beberapa aktivis di dalam ‘Muslim Brotherhood’ mempunyai “sejarah dan hubungan simpati” dengan ahli kumpulan pengganas – pada tahun 70-an dulu, Arab Saudi dan CIA secara rahsia telah berkonspirasi membiayai Mujahidin Afghanistan untuk melawan pendudukan Soviet di Afghanistan. Klik di sini sini, sini sinisini sini dan di sini
Hubungan itu bermakna bahawa dana yang disalurkan ke tangan ‘Muslim Brotherhood’ “ada kalanya” disalurkan kembali kepada al-Qaeda, kata sumber itu.
Laporan itu mendedahkan pelbagai laman web berkaitan dengan badan-badan amal Islam dan bank-bank – seringkali terlibat dalam menaja projek-projek kemanusiaan yang dijalankan secara sah – sebagai fasilitator yang bersembunyi dalam pemindahan dana gelap itu. Klik di sini di sini dan di sini
Dan sumber itu menyebut bahawa selama beberapa dekad “Saudi dan beberapa individu Arab serta organisasi-organisasi” telah menyokong ” kumpulan-kumpulan yang sama bahawa kerajaan Arab, Amerika Syarikat dan Eropah telah dikenalpasti mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan militan ektrim yang telah dituduh menyokong aktiviti pengganas di seluruh dunia.”
Masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa Saudi besar, kata sumber itu kepada CNN. 86 peratus daripada kesemua badan-badan amal berpengkalan di Arab Saudi ini menyebabkan untuk ‘membuat’ “pemantauan terhadap kesemua aktiviti-aktiviti mereka menemui kesukaran.”
Masalah ini diburukkan lagi dengan beberapa faktor lain, katanya. Arab Saudi “”mempunyai tenaga kerja migran keempat terbesar di dunia, 7 juta pekerja rasmi, 3 juta haram.”
Kebanyakan daripada mereka menggunakan sistem perpindahan wang  yang tidak ditetapkan (The Hawala) di mana pemindahan wang dalam satu negara akan segera dapat diambil di tempat lain, tanpa kertas bukti untuk mengesannya.
Rangkaian ‘The Hawala’ ini telah dikenal pasti oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat tahun lalu sebagai saluran yang paling berkesan untuk menyalurkan dana kepada kumpulan Taliban dan lain-lain kumpulan pemberontak.
Maklumat Saudi memberitahu CNN bahawa negara itu masih mempunyai masalah mendasar yang menunjukkan disalurkan melalui  ’the Muslim Brotherhood’ tidak berjaya dikesan dalam jangka masa yang begitu lama dan kenapa  al Qaeda masih berjaya mendapatkan dana dari kerajaan Saudi itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...