Translate

28/01/2011

PEMBELA & Kes Lina Joy


Saya merasa terpanggil untuk menulis beberapa aspek tentang sejarah penubuhan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai respons terhadap beberapa tanggapan sinis terhadap gagasan tersebut.

Sangat memeranjatkan apabila tanggapan sedemikian rupa datangnya daripada mereka yang mengaku sebagai aktivis gerakan Islam, dan membiarkan sikap taksub pada politik kepartian mereka menafikan peranan PEMBELA sebagai rangkaian perjuangan umat Islam di Malaysia serta gagasan murni yang melangkaui sebarang kepentingan politik kepartaian demi mempertahankan kesejahteraan aqidah umat Islam.
Jelas kedapatan beberapa kenyataan yang tidak bersifat objektif serta emosional terhadap tulisan Hj. Zainur Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di dalam akhbar Berita Harian (Isnin, 24 Januari 2011) tentang keperluan untuk mewujudkan semula PEMBELA sebagai rangkaian alternatif NGO Islam dalam memperjuangkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai salah seorang pimpinan kanan ABIM pada ketika itu, yang turut terlibat merencana serta mewujudkan PEMBELA bersama-sama dengan Yusri Mohamad, Presiden ABIM ketika itu, Hj. Zainur Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia ketika itu, dan ramai lagi rakan-rakan pimpinan NGO Islam lain, saya fikir elok sekiranya saya merakamkan beberapa fakta berkenaan PEMBELA dan mengapa kita perlu bersungguh-sungguh merealisasikan semula peranan PEMBELA di dalam menghadapi situasi ancaman terhadap aqidah umat Islam yang semakin getir akhir-akhir ini.
Tulisan ini berdasarkan maklumat yang dibincangkan secara panjang lebar di mesyuarat khas Peguam-peguam Muslim Malaysia dan Organisasi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan (NGO) pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Damansara.
Fakta-fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan pada kupasan kes Murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincang di hadapan peguam-peguam Muslim Malaysia dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat tersebut, serta berdasarkan pada kupasan kes yang telah dibentang dan dibincangkan bersama rakan-rakan peguam Muslim di sepanjang berlangsungnya kes perbicaraan Azlina Jailani tersebut.
Oleh Azril Mohd Amin
Baca seterusnya disini:  http://www.anwaraidc.com/?p=5264

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...