Translate

04/01/2011

Urutan Tradisional

Kak Yah Merchang memang terkenal dengan cara urutan tradisionalnya.  Berbagai-bagai jenis penyakit urat sarat boleh diurut, tetapi berpandukan kepada uji urat saraf terlebih dahulu.  Menggunakan dua anak jari dan telapak tangan sahaja mencukupi untuk tugasan urutan yang dibuat oleh beliau.  Diantara jenis penyakit yang berjaya dilaksanakan dengan izin Allah adalah - Sakit Urat Saraf, Angin Amal, Angin Pasang dan sebagainya.  Masa untuk rawatan adalah bermula selepas waktu Asar - Maghrib dan selepas Isyak hingga selesai.  

Blogger sendiri telah merasai urutan tradisional yang dibuat oleh Kak Yah memang mujarab, sakitnya bukan kepalang tetapi hanya sekejap sahaja.  Sesiapa yang berminat sila hubungi blogger.  Dibawah ini dipertontonkan dua video clip yang dirakam pada 03/01/2011 dirumahnya Kg. Tok Fakir, Merchang, Marang, Terengganu.  Selamat menonton.

Tonton jangan tak tonton!!! Sakit...sakit....sakit....

03/01/2011

Ayam goreng madu

Salam hari minggu semua..... ni lauk untuk lunch tadi.... dah x tau nak masak apa dengan ayam yang ada ni..... kesian dia terperuk dalam freezer tu lama2.... jadi kak rose menyelongkar sekalo lagi dapur kawan2.... terutama dapur nduk hana yang selalu jadi tempat rujukan.... dan jumpa dengan resepi ayam goreng madu nih.... rasa2 dulu dah penah buat dan sedap banget... dan ari ni cuba buat sekali lagi..... memang tidak menghampakan....ratah cam tu jer pun sedap.... dulu dah penah tepek resepinya kat sini.... dan sekali lagi kak rose letak ya....

Bahan-bahan

  • 6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan.
  • 2 inci halia - parut
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sk blackpepper - optional
Cara-cara
  • Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam.
  • Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak yg sederhana sket)
  • Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! hihi... tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.(cian kak rose nyer dah itammmmm geseng)
  • Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!

kak rose

Siapa di belakang Anwar dalam Al Baraka Bank ?

AIDCNews – 27/12/10 – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Turki menghadiri mesyurat Albaraka Bank milik Albaraka Banking Group (ABG) yang 55 peratus sahamnya dipegang oleh syarikat pelaburan Bahrain, Dallah Al Baraka Holding Company.
Pemilikan saham ABG selebihnya dikongsi bersama Emirates Bank International (UAE), Dubai Investments Company(UAE), Barwa Real Estate Company(Qatar), Mr.Abdullah Abdulaziz Saleh Al Rajhi (Saudi Arabia), Mr.Fahad Abdullah Al Rajhi (Saudi Arabia), dan Sheikh Saleh Abdullah Mohammad Kamel (Saudi Arabia).
Anwar Ibrahim dilantik independent non-executive director, ABG sejak Mac 2006, ketika beliau masih menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di Centre for Muslim-Christian
Understanding, Universiti Georgetown, Washington D.C. Klik di sini

Pelantikannya berdasarkan pengalamannya sebagai konsultan Bank Dunia (Washington USA) yang dilantik oleh Paul Wolfowitz dan Presiden Kehormat Accountability (London, UK) yang dilantik oleh Al Gore.
“Beliau mempunyai networking yang luas di Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia Pasifik. Selain berkhidmat di ABG, beliau juga berkhidmat Non-Executive Director di Pearl Oriental Innovation Limited (China Merchants Dichain Asia Ltd.) dari 24 Mei 2006 hingga September 2007″, kata sumber dari investing.businessweek.com. Klik di sini

Kenapa Azmin dan Shamshida Cuti Mengejut Ke London ?

AIDCNews – 31/12/10 – Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR telah mengambil cuti mengejut ke London, sejak dua minggu lepas, sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan orang-orang yang rapat dengannya.
Difahamkan, Azmin sekeluarga mula bercuti sejak dua minggu lepas, sepatutnya kembali ke Malaysia minggu lepas, tetapi telah membatalkan penerbangan pulang ke Malaysia pada saat-saat akhir.
Menurut maklumat dalaman, pemandu dan orang gaji Azmin yang menunggu sejak minggu lalu kepulangan majikannya juga turut risau.
Pembantu-pembantu yang digaji oleh Azmin itu risau jika sesuatu perkara buruk akan menimpa majikannya itu, kerana setakat ini, Azmin sekeluarga tidak memberi kepastian bilakah mereka akan pulang ke Malaysia, setelah penerbangan pertama yang sepatutnya mereka kembali dibatal sendiri oleh majikannya secara mengejut.
Menurut maklumat yang tidak mahu namanya disiarkan, Azmin sekeluarga mengambil cuti mengejut ke London kerana tertekan dengan masalah keluarga, sejak adiknya Ummi Hafilda Ali mendedahkan kembali kisah benar 12 tahun lampau yang berlaku  di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin (isteri Azmin) di Mingguan Malaysia dan pendedahan seterusnya di blog http://srikandi7.blogspot.com/
“Pendedahan-pendedahan Ummi Hafilda di blog itu amat memberi tekanan kepada Azmin, apatah lagi disertakan lagi dengan bukti-bukti dokumen-dokumen tertentu.
“Bukan setakat blog itu dilayari oleh peminat-peminat Ummi, malah turut dikunjungi juga oleh ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan untuk mengikuti pendedahan yang seterusnya serta mengetahui cerita sebenar yang berlaku pada tahun 1998″, katanya
Blog srikandi7 yang baru dibina kira-kira tiga minggu lepas, kini telah mencecah hit 110801, dengan follower seramai 355 orang dan sudah tersenarai di tangga ke 50 antara blog popular di alexa ranking.

Anwar Ibrahim : 7 Lelaki Anugerah Tuhan

AIDC Reveal – Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’. Dari segi bakat kepimpinan, kebolehan berpidato hinggalah kepada naluri seks luar biasa, semuanya ‘Anugerah Tuhan’.
Mesej tersembunyi isterinya itu, ‘terimalah Anwar seadanya’, walaupun pernah didakwa di mahkamah berkenaan aktiviti seks luar biasanya, biseksual dan homoseksual, kerana semua itu adalah ‘Anugerah Tuhan’. Tidak dapat diubah lagi kerana itu sudah suratan takdir kepadanya.
Bakat Anwar Anugerah Tuhan
Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 setelah lima tahun menuntut di universiti itu.

02/01/2011

Bila Usia Menjelang Empat Puluh…

Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.
 Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!
 Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh. Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.

PERLEMBAGAANKU : APA TINDAKAN HISHAMUDIN HUSSEIN ?


Gerakan menghasut rakyat untuk ubah perlembagaan sudah makin berkembang maju.   Dulu ianya hanya dibincangkan di kalangan mereka dalam keadaan tertutup.  Pilihanraya 1969 cubaan merubah perlembagaan telah dicipta, dilakukan secara terbuka.

Konsep Malaysian Malaysia yang jelas diambil cedukan ide daripada singaporean singapore telah dijadikan kempen terbuka pilihanraya 1969.   DAP berjaya menguasai kerusi pilihanraya Kuala Lumpur. di Selangor keadaannya seri, perikatan 14 dan pembangkang 14.   Namun takdir menentukan segalanya. 2 adun MCA dari Selangor telah melompat keluar dari pakatan dan seterusnya menyertai pembangkang.  Dato Haron..seterusnya kamu ketahui insiden 13 Mei.

Kenapa ia terjadi ??? tanya pada diri kamu semula kenapa ia terjadi.

31/12/2010

WANITA YANG DIMURKAI ALLAH

PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA 


1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, "Hiduplah dengan apa yang kau suka."


2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. 


3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.


4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat. 


Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua.  Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat.   Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerah kan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia... 




WANITA KE NERAKA

Gambar hanya hiasan
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.


Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:


"Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'


Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."



Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.


29/12/2010

Kenangan Lama - Rakan-Rakan Seperjuangan

Mengingat kembali rakan-rakan seperjuangan di dalam PDRM sejak 35 tahun yang lalu.  Sama-sama berjuang menegakkan undang-undang serta keamanan negara.  Ketika itu kami semua bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor.  Kami semua telahpun bersara dan menjalani penghidupan baru sebagai orang awam.  Gambar dirakamkan pada 27/12/2010 dipejabat Tuan Haji Hamzah bin Hussein di Taman Perindustrian, Segamat Baru, Segamat, Johor.  
Dari kiri: Puan Sri Tan, Puan Norlia, Tuan Haji Hamzah, Tuan Ismael Alabas dan En. Hussein


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...