Translate

14/12/2010

Azam mendidik anak


Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?



"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."



11/12/2010

Konvensyen BN - Tanda Pilihanraya Sudah Hampir!


Konvensyen BN: Pulih imej jadi agenda utama



PUTRAJAYA: Memulihkan imej Barisan Nasional (BN) dan membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 adalah di antara agenda utama yang ditangani pada konvensyen hari ini.
Perdana Menteri Najib Tun Razak juga dijangka memfokuskan kepada slogan rakyat didahulukan dan program 1Malaysia selain dari dua agenda tersebut dalam konvensyen ini nanti.

Petua Kecantikan Wajah

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Caranya adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

10/12/2010

Solat antara Tradisi dan Sunnah - Bhg 1


Sabda Nabi s.a.w.: “Permulaan amalan yang diperiksa dari seseorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Diperhatikan benar-benar solatnya. Maka jika urusan solatnya baik, dia mendapat kemenangan. Jika urusan solatnya tidak baik, rugi dan sia-sialah usahanya.”(Hadis sahih riwayat Ath-Thabarani dari Anas r.a., At-Targhib 1:184).


Mereka mungkin tahu tentang matan (isi kandungan) hadis di atas kerana ia sering dibaca oleh para ustaz dan penceramah di masjid tetapi masih ramai yang belum sedar dari ‘lamunan’ mereka. Rasa ingin belajar dari berbagai sumber dengan berbagai cara telah terhakis dari hati, kadang kala untuk mengorbankan wang ringgit membeli bahan agama yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang lain juga terasa malas,‘berat poket’ dan takut rugi.


TAKLIMAT PEPERIKSAAN RAE

9M2VOT Pak Rasad
9M2VOT Pak Rasad sedang memberikan taklimat secara ringkas kepada ahli-ahli baru Pemancar Zon Kuala Terengganu/Marang/Kuala Nerus yang akan menduduki peperiksaan RAE pada 22/12/2010 mendatang.










Hebat Pak Rasad

cursor.

Adam-adam Sebelum ADAM?

“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya.

“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau.
”Hmm, bab ni susah nak jawab”, katanya.
”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri”, saya sekadar memberi cadangan.
Nazri mengangguk.

09/12/2010

Abaraj Al-Bait Tower

Abraj Al-Bait Tower ataupun Menara Jam Diraja Mekah merupakan antara kompleks terbesar di dunia yang terletak di Mekah, Arab Saudi.  Pembinaan menara ini telah diambil alih oleh sebuah syarikat pembinaan yang tersohor di Arab Saudi iaitu Saudi Binladin Group.  Ia telah diiktiraf sebagai menara tertinggi di Arab Saudi dan merupakan bangunan hotel yang terbesar serta tertinggi di dunia.Ia mempunyai sebuah ruang legar besar yang berukuran 1,500,000 m2 atau 16,150,000 kaki persegi yang menyamai tiga terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE.  Ketinggiannya telah melebihi Emirates Park Towers iaitu hotel tertinggi di dunia.  


Ia menempatkan hotel yang beraraf 7 bintang.  Ia telah merampas kedudukan Menara Taipei 101 yang merupakan menara kedua tertinggi selepas Burj Dubai.  Ia menempatkan sebuah jam di setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) iaitu jam terbesar di dunia.Menara jam tersebut adalah 530 meter (1,740 kaki) iaitu menara jam tertinggi di dunia.Ketinggian keseluruhan kompleks ini adalah 601 meter (1,972 kaki).  Tapak menara ini bertentangan dengan Masjidil al-Haram yang menempatkan Kaabah iaitu salah satu tempat paling suci bagi umat Islam.  Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.  Menara jam ini menggantikan Universal Time Standard berusia 126 tahun atau lebih dikenali Greenwich Mean Time (GMT).

Ular Berkaki

Pada 14 September yang lalu, Mrs Dean Qiongxiu yang berumur 66 tahun telah menemui seekor ular tergantung di dinding bilik tidurnya pada lewat malam. Yang menjadi anehnya ialah ular tersebut tergantung pada dinding dengan menggunakan cakar yang terdapat pada kakinya.  Mrs Dean telah mengatakan bahawa dia berasa sangat takut sehingga dia telah mengambil seliparnya dan memukul ular itu hingga mati.  Lalu dia mengawetkan ular itu di dalam sebuah botol.  Ular sepanjang 16 inci itu mempunyai jari-jari kecil.  Kini, ia sedang dikaji oleh Life Sciences Deparment.  Mutasi genetik yang umumnya terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan proses yg sama seperti kembar siam yg terjadi pada manusia.  Untuk pengetahuan anda semua, kejadian ini berlaku di negara China.

Ikan Bergigi Manusia

Cerita kali ini bermula dengan seorang nelayan lelaki yang bernama Scott Curry yang berjaya menangkap ikan ini di Tasik Buffalo Springs,Texas.  Dia segera mengetahui bahawa ikan ini memiliki gigi yang sama seperti manusia. Pengawal dari Tasik Buffalo Springs berkata bahawa beliau yang mengawal di kawasan ini selama 36 tahun, belum pernah melihat ikan seperti ini.  Sebuah stesen televisyen tempatan di Texas segera membuat pengumuman bahawa sesiapa sahaja yang dapat menangkap ikan jenis
ini lagi akan dihadiahkan 100 Dolar.  Ikan ini ialah jenis ikan yang biasa ditemui di Sungai Amazon. Nama sainstifik bagi ikan ini ialah Colossoma Macropomum atau disebut sebagai ikan Pacu. Ia dapat membesar sehingga panjang 90 cm dan berat 30 kg.  Ikan ini bukan saja boleh dijumpai di Sungai Amazon malah ia ada dijual di kedai haiwan di Amerika Selatan.  Yang menjadi misterinya adalah bagaimana ikan ini boleh sampai ke
Tasik Buffalo Spring,Texas sedangkan ia berada di tempat lain?

PETUA RAWAT JERAWAT

Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah.  Semoga bermanfaat. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.
Petua 1 
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

KEMPISKAN PERUT


Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.


1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban


  • Campurkan minyak kelapa dan air asam. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
  • Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu garam. Setelah suam/sejuk, tuangkan rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, bilas dengan air sejuk tanpa syampu. Selain itu, sila tingkatkan pengambilan vitamin A, B, minerals dan juga protein dalam pemakanan anda.
  • Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning.
  • Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.



Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 liter santan cair
1 cawan santan pekat(pati santan)
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ dititik
2-3 helai daun limau purut(optional )
Garam dan sedikit gula.

Bahan kisar:

5 biji cili padi (nak pedas leh tambah lagi )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras (optional)

Cara penyediaan:

1. Masukkan ayam bersama serai, asam gelugur dan bahan2 kisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut.
2. Tuangkan santan cair.
3. Bila mendidih, tambahkan santan pekat, daun limau purut dan letaklah garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
Rasa dan jika ok boleh matikan api dan bolehlah dihidangkan...

* Bagi yg ingin menjaga kesihatan, gantikan santan dgn susu segar. Dan kalau suka bolehlah ditambah sedikit kentang.

Kuskus Ayam Panggang

Bahan Ayam

1 ekor ayam kecil
1 sudu teh parsli cincang
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jus limau susu
3 sudu besar marjerin
Garam, serbuk lada hitam secukup rasa

Untuk kuskus

120 gm kuskus
150 ml air rebusan ayam
2 sudu besar mentega
¼ cili Benggala kuning - didadu
¼ cili Benggala merah - didadu
Badam panggang, buah zaitun hitam, parsli
Garam secukup rasa

Cara membuat

1. Satukan parsli, serbuk cili, serbuk jintan, jus limau, garam dan serbuk lada hitam.
2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 2 jam.
3. Letak ayam di atas tin pembakar beralas foil.
4. Sapukan dengan marjerin. Panggang pada 200 C selama 45 minit atau hingga ayam masak. Semasa memanggang, sudukan cecair yang keluar ke atas ayam semula.
5. Untuk kuskus. Didihkan air rebusan. Tuangkan kuskus dan biar selama 4 minit. Kacau rata.
6. Gaulkan dengan semua bahan lain. Hidangkan dengan ayam panggang.


Lawak Malam Jumaat


Blackpepper Beef

3 camca besar minyak
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
4 cm halia, dihiris memanjang
400 gm daging batang pinang, dipotong
200 ml air
½ cili Benggala hijau, dikiub
½ cili Benggala merah, dikiub
½ cili Benggala kuning, dikiub
Garam secukup rasa

Bahan Sos (dicampur)


3 camca besar sos lada hitam (blackpepper sauce)
2 camca besar sos tiram
1 camca teh tepung jagung
150 ml air

Cara membuatnya


1.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2.Bila wangi masukkan daging dan kacau hingga kering airnya.
3.Tuangkan air, kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4.Kemudian perlahankan api dan tutup kuali.
5.Bila daging empuk dan kuahnya pekat, masukkan semua cili Benggala.
6.Kacau 2 minit, tuangkan bahan sos. Tambah garam mengikut rasa.
7.Masak hingga pekat kemudian angkat.


10 LALUAN BAGI INSAN

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?

a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati

Ketam Bertaucu

4-5 ekor ketam, dibelah 2
¼ camt serbuk kunyit
200-250 ml air
60 ml sos cili Thai
2 camb sos tomato
1 camb kicap manis
1 labu bawang besar, dipotong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar


2 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
3 biji buah keras
2 camb taucu
1½ camb pes cili

Cara membuatnya


1. Perap ketam dengan kunyit dan garam selama 30 minit.
2. Goreng dalam minyak panas hingga separuh masak.
3. Dalam 3 camb minyak, tumis bahan kisar.
4. Bila wangi dan naik minyak, masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap, gula dan garam.
5. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian bubuh ketam.
6. Tutup kuali dan biar ketam masak elok serta kuahnya pekat.
7. Campurkan bawang besar kemudian kacau sebentar sebelum diangkat.


Sambal Sotong

4 camca besar minyak
400 g sotong, dipotong bulat
½ labu bawang besar }
4 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dikisar
1 cm kiub belacan }
12-15 tangkai cili kering }
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
150 ml air 
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
Gula, garam secukup rasa


Cara membuatnya

1. Panaskan 1 camca besar minyak, goreng sotong hingga hampir kering airnya. Angkat.
2. Panaskan baki minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Kacau sekali-sekala hingga naik minyak sekali lagi.
5. Campurkan sotong, bawang besar, gula dan garam secukup rasa.
6. Kacau lagi. Bila pekat, angkat dan hidangkan.

Tip dan rahsia kecantikan (Tambah kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri)

Diciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Anda sebenarnya cantik. Tambahkan kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri. saya akan berkongsi teknik-teknik bagi menambahkan kecantikan yang sedia ada pada diri anda. Caranya adalah mudah dan memberikan kesan yang amat luarbiasa.


1) Kecantikan kulit dan rupa paras.

Kecantikan kulit dan paras muka akan terserlah jika ianya dipancarkan dari kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman adalah rasa ketenangan yang dimiliki oleh seseorang.Kegelisahan menyebabkan kesan yang muram pada wajah anda. Wajah yang mencerut dan seperti mencuka menjadikan diri anda tidak elok. Wajah dan tenang dan santai amat senang dipandang orang untuk ditatapi.Orang yang selalu gelisah dan berdulacita akan menyebabkan masalah pada kulit iaitu mudah berkedut dan mudah mendapat penyakit kulit seperti panau,kurap dan alahan pada kulit.

Aktifkan karisma dalam diri anda

Karisma bermaksud daya tarikan yang dimiliki oleh seseorang dan dia boleh mempengaruhi orang lain dengan keistimewaan tersebut. Setiap orang adalah unik dan mempunyai kekuatan tarikan tersendiri. Memiliki karisma membolehkan anda untuk mencipta kehidupan yang lebih baik.Artikel kali ini adalah menyentuh cara kita meningkatkan karisma diri. Karisma menjadikan diri seseorang itu popular, disenangi dan dikagumi serta dihormati.Adakah anda seorang y6ang berkarisma? 




Cara-cara mudah dan segera untuk tingkatkan karisma diri:-

1) Wajah yang disenangi.

Mulai sekarang anda perlu menjadi seorang yang mudah tersenyum. Senyum itu sedekah. Senyuman yang ikhlas adalah terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat. Percayalah dengan melemparkan senyuman semasa bertemu seseorang, bercakap dengan wajah yang manis akan menambat hati sesiapa yang melihat. Saya amat terpegun melihat gelagat seorang kerani bank yang bercakap dengan wajah yang tersenyum dengan pelanggannya. Saya lihat pelanggan tersebut berasa gembira mendapat khidmat dari pekrja tersebut.Senyuman telah meningkatkan karisma seseorang dengan begitu hebat. JIka anda sukar untuk tersenyum , anda perlulah berlatih di hadapan cermin dan cuba ukirkan senyuman tersebut. Senyuman lamabang kegembiraan, keramahan dan kemesraan

2) Pelihara adab sopan pada perkataan dan perbuatan

Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata dengan sopan dan tingkahlaku yang beradab. Akhlak yang baik ini akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Setiap orang akan tertarik kepada mereka yang bersopan. Jadi anda perlu berakhlak mulia supaya karisma anda meningkat

3) Hormati orang lain

Anda adalah seorang yang penting dan orang lain juga penting. Jika ini yang anda amalkan maka semua orang akan tertarik kepada anda. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang berada di samping anda akan rasa dihargai. Mereka ingin selalu berada dengan anda.

4) Jadi pendengar yang baik

Setiap orang amat gemar bercerita tentang hal mereka. Karisma anda akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan menyuarakan pendapat mereka . anda boleh memggalakkan mereka bercakap dengan memberikan sedikit dorongan minima iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala. Sesiapa sahaja akan suka pada anda kerana anda telah menjadikan mereka dapat meluahkan apa yang mereka ingin perkatakan

5) Tunjukkan minat anda pada apa yang mereka minat.

Komunikasi akan menjadi lancar jika seseorang yang kita bertemu ditanya tentang kegemaran mereka atau menceritakan kejayaan mereka. Apabila anda menunjukkan minat anda pada mereka ianya sebagai menghantar isyarat bahawa anda adalah sealiran dengan mereka.Anda akan dilayan dengan baik dan dihormati. 

6) Pujian -

Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat meningkatkan karisma anda kerana anda dianggap sebagai orag yang perihatin dan suka mengambil berat

7) Bersifat penyayang

Seseorang yang penyayang amat disukai semua orang. Anda hendaklah sentiasa mengucapkan saya sayang pada semua orang dan semua orang sayang pada saya walau di mana sahaja saya berada. Sulai orang lain nescaya orang lain akan menyukai anda dan menyayangi anda

8) Jujur ,amanah dan bertanggung jawab

Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda akan dikagumi kerana skap ini adalah sikap yang disenangi semua orang

9) Personaliti yang anggun

JIka dalaman anda telah baik maka hiasan luar juga amat penting . Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan memperlihatkan karisma anda

10) Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. 

Berlatih bertutur dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap dengan penuh keyakinan akan dapat meningkatkan karisma anda

11) Berdoalah supaya Allah memperelokkan tingkah laku anda.

12) Karisma yang paling hebat ialah anda menjadi insan yang bertaqwa. Inilah puncak segala karisma diri yang telah ditunjukkan contoh dan tauladan oleh Nabi junjugan kita Muhammad s.a.w

08/12/2010

Solat Sunat Taubat

Solat sunat Taubat ini dikerjakan setelah melakukan dosa atau merasa membuat dosa, kemudian bertaubat pada Allah SWT. Solat sunat Taubat adalah solat yang disyariatkan.

Bila bertaubat dari sesuatu dosa bererti menyesal tentang perbuatan yang dilakukan dan bercita-cita tidak akan melakukan lagi dan mohon ampun dari Allah. Terdapat empat cara mendirikan Solat.
---------------------------------
Sunat Taubat Solat Sunat Taubat (satu)

Jumlah rakaat Solat Sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu mengerjakan, bebas.


Lafaz niat:


Usolli Sunnatal Taubati Rak'ataini Lillaahi Ta'ala,Allahu Akbar


" Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala "



Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan surah An-Nas


Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar iaitu memohan ampun dari Allah(sebut berulangkali)



"Aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agong yang tiada Tuhan yang lain,melainkan Dia, yang hidup dan berdiri-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya "



------------------------------
Solat Sunat Taubat (dua)


Jumlah rakaat solat sunat Taubat ini tidak terbatas. Tiap dua rakaat dengan satu salam.Waktu mengerjakan tidak terikat.


Lafaz niat:


Usolli Sunnatal Taubati Rak'ataini Lillahi Ta'ala, Allahu Akbar


"Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Hadis : Solat musafir

Hadis :

Dari Anas bin Malik r.a katanya:"Biasanya nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu baginda menjamakkan keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak ta'khir); kalaupun baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda sembahyang Zohor kemudian baginda berangkat (meneruskan perjalanannya). " (Bukhari & Muslim )

Huraian :
1. 'Jamak' maksudnya ialah "menghimpunkan. 'Takdim' pula maksudnya mendahulukan. Manakala Ta'khir' memberi maksud menangguhkan.


2. Sembahyang fardhu yang dibenarkan untuk dijamakkan adalah :
i. Zohor dengan Asar
ii. Maghrib dengan Isya'



3. Jamak Takdim ialah mengerjakan sembahyang Zohor dan sembahyang Asar pada waktu Zohor. Caranya ialah dengan dikerjakan sembahyang Zohor dua rakaat dan setelah memberi salam diiringi pula dengan sembahyang Asar dua rakaat juga.



4. Jamak Takdim bagi sembahyang Maghrib dan Isya' pula adalah dengan dikerjakan sembahyang Isya' pada waktu Maghrib. Caranya ialah sembahyang Maghrib tiga rakaat (seperti biasa kerana ia tidak boleh diqasarkan) dan setelah memberi salam diiringi dengan sembahyang Isya' dua rakaat.



5. Jamak Ta'khir pula ialah dengan mengerjakan sembahyang Zohor dan Asar pada waktu Asar dan sembahyang Maghrib dan Isya' pada waktu Isya'. Cara mengerjakannya ialah dengan dilakukan sembahyang Zohor kemudian diiringi dengan Asar demikian juga dengan sembahyang Maghrib dan Isya'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...