Translate

29/11/2010

Cicak Batu 7 Kg

Cicak Batu seberat 7 Kg - dirakam pada 29/11/2010 @ 0100 am oleh Blogger sendiri

Cicak Batu seberat 7 Kg - dirakam pada 29/11/2010 @ 0100 am
Cicak Batu seberat 7 Kg - dirakam pada 29/11/2010 @ 0100 am
Cicak Batu seberat 7 Kg. untuk dijual tapi tak laku kerana lidahnya
bercabang..


26/11/2010

Amalkan usaha pemuliharaan yang lebih beretika

SAYA merujuk kepada artikel (akhbar berbahasa Inggeris) Record, but hatchlings may all die (Satu rekod, tapi semua anak penyu akan mati) mengenai pelepasan terbanyak anak penyu yang dilakukan Jabatan Perikanan di pantai Rantau Abang, Dungun.

Ramai pakar dalam bidang penyu melahirkan rasa kekesalan mereka.  Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan melalui Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) ini didakwa untuk meningkatkan usaha pemuliharaan di kalangan masyarakat umum termasuk untuk menyerlahkan kejayaan pengurusan dan pemuliharaan penyu di Terengganu.

Namun dalam erti kata lain, ini hanyalah satu acara publisiti semata-mata.  Dalam apa juga usaha pemuliharaan, keutamaan perlulah diberi kepada haiwan itu sendiri dan dalam kes ini, penyu (atau lebih tepat, penyu agar).

Di Malaysia, ada empat spesies penyu yang direkodkan (termasuk penyu belimbing, lipas, karah dan agar) namun sebilangan besar penyu yang digunakan hanyalah penyu agar.  Anak penyu yang dilepaskan pada acara ini juga dikatakan sudah agak ‘tua’ dan tidak boleh dianggap anak penyu yang baru menetas.  Dan untuk menyatakan acara ini hanya bertujuan untuk melepaskan anak-anak penyu sahaja juga tidak boleh disokong disebabkan ada penyu dewasa turut digunakan.  Apa pun, apa yang menjadi kekesalan utama terhadap acara ini ialah metodologi atau kaedah yang digunakan untuk melepaskan anak-anak penyu itu.

1) Anak-anak penyu telah ‘disimpan’ selama 3-5 hari sebaik sahaja mereka menetas. Sehingga kini, tidak ada kajian saintifik yang mencadangkan anak-anak penyu itu boleh ‘ditahan’ sebaik menetas sebelum dilepaskan ke laut.  Pengasas Pusat Konservasi Penyu, Prof. Chan Eng Heng menyatakan, menahan anak-anak penyu itu hanya akan membuatkan mereka lapar yang akhirnya menyebabkan mereka lemah dan mudah menjadi mangsa kepada pemangsa semasa dilepaskan.

2) Mereka yang hadir semasa acara itu mengatakan pelepasan dilakukan pada pukul 5.45 petang dan ini bermakna keadaan cuaca tidak gelap. Anak-anak penyu secara asli akan menetas dan memulakan penjelajahan mereka pada waktu malam untuk mengurangkan ancaman pemangsa.  Menambah kenyataan ini, Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Juanita Joseph berkata, pelepasan terbanyak dalam satu masa terutama pada waktu itu hanya akan membuatkan anak-anak penyu tersebut menjadi umpan kepada pemangsa (seperti ikan yu atau ikan yang lebih besar) dengan lebih mudah (feeding frenzy).

3) Mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai juga tidak bersifat akademik. Acara ini perlu mempunyai mesej utama yang secara tersendiri bersifat ilmiah sebagai contoh cara pelepasan yang dilakukan.  Terdapat banyak resort yang melakukan cara menetas dan pelepasan yang salah dengan cara menyimpan anak-anak penyu dalam tempoh yang lama dan melepaskan pada waktu salah.

Acara ini sepatutnya menjadi contoh terbaik yang boleh menjadi ikutan kepada orang ramai, inisiatif pemuliharaan penyu dan resort bagaimana untuk melepaskan penyu dengan betul.  Namun, agak malang sebab bukan hanya 2,428 anak-anak penyu itu dilepaskan dengan cara yang salah, namun ia bakal menjadi ikutan disebabkan pada pandangan mereka, inilah cara yang betul kerana pihak berkuasa yang lakukan.

Mungkin TUMEC berjaya menganjurkan acara yang gilang-gemilang, namun mereka sepatutnya tidak terlepas pandang etika pelepasan yang sudah termaktub melalui protokol Jabatan Perikanan.  Acara ini sepatutnya bukan hanya menjadi tumpuan penduduk negara ini tetapi perlu menjadi contoh kepada masyarakat global mengenai arah tuju pemuliharaan Malaysia.

Secara tepat, boleh saya katakan, ini merupakan ‘Pelepasan Terbanyak Penyu Agar Yang Dilakukan Dengan Cara Pemuliharaan Yang Salah’. Biarkan ia dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records.

Pengarah Help Our Penyu (HOPE)

Belanja besar rawat diabetes

ARKIB : 23/11/2010



MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis atau diabetes. Angka itu adalah hasil kaji selidik Sindrom Metabolik Malaysia 2008.

Kajian tersebut telah dijalankan ke atas rakyat Malaysia bagi melihat kadar penyebarluasan penyakit Diabetes Mellitus Jenis 2.  Hasil kaji selidik itu juga telah menemui satu fakta yang mengejutkan iaitu 22 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas didapati menghidap penyakit ini.
Lebih membimbangkan, kesemua mereka tidak menyedari hakikat yang mereka menghidap diabetes.

Peningkatan kadar itu dipercayai berpunca daripada kes obesiti yang semakin meningkat di kalangan rakyat negara ini ekoran amalan gaya hidup tidak sihat.  Dengan purata umur penghidap diabetes Jenis 2 semakin menurun, ini membawa maksud bahawa kini lebih ramai rakyat Malaysia terdedah kepada risiko yang menjerumuskan mereka kepada penyakit lain seperti arteri koronari, strok, buta dan kegagalan ginjal.  

Justeru Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Prof. Datuk Wan Mohamad Wan Bebakar menyarankan agar setiap warga Malaysia berumur 30 tahun ke atas menjalani ujian untuk mengesan diabetes dalam usaha untuk mengekang penyebarannya.  "Peningkatan penyakit diabetes bagi 20 tahun kebelakangan ini sungguh mengejutkan.  "Keadaan ini mungkin berlaku apabila didapati lebih 50 peratus daripada rakyat Malaysia berdepan dengan masalah pengawalan berat badan yang menjadi faktor penyumbang kepada jangkitan diabetes.

Mesin Pembasuh

Pendatang perlekeh penduduk setempat

Khamis, 25 November 2010


PUCHONG: Bukan hanya bersikap besar kepala, tetapi kumpulan pendatang asing yang dipercayai menetap di rumah kongsi dan rumah terbengkalai di La Cottage dan Nusa Putra, dekat Taman Putra Perdana, juga berani memperlekehkan penduduk setempat yang menegur tindakan kurang ajar mereka.
Lebih menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan penduduk apabila golongan itu menjadikan kawasan rumah kongsi dalam kawasan semak itu sebagai tempat berjudi terutama pada malam minggu apabila kawasan rumah kongsi dikunjungi orang luar seolah-olah satu temasya.


Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat beberapa penempatan rumah kongsi di kawasan perumahan itu. Malah, kedudukan taman perumahan yang agak terpencil turut menjadi antara punca golongan terbabit berani melakukan kegiatan tidak berfaedah dan berkelakuan tidak senonoh.

Malah, penduduk setempat mendakwa golongan itu tanpa segan silu mengakui mereka dilindungi pihak tertentu menyebabkan mereka berani bermaharajalela.


Dianggarkan, terdapat hampir 60 pendatang asing di rumah kongsi sekitar La Cottage dan 30 orang lagi di Nusa Putra.

Peniaga yang dikenali sebagai Amin, 30, mendakwa kehadiran golongan itu di kawasan berkenaan menimbulkan perasaan takut di kalangan penduduk setempat, apatah lagi rumah mereka itu agak terpencil.


Menurutnya, sebelum ini sebahagian daripada pendatang asing itu bekerja di tapak pembinaan rumah berhampiran. Bagaimanapun, projek berkenaan dihentikan pada 2005 sebelum kerja pembinaan dimulakan beberapa bulan lalu.


“Ada antara pendatang asing wanita hanya berkemban ketika mandi di lombong berhampiran menyebabkan kami malu apabila melihat gelagat itu, selain mengancam keselamatan berikutan pernah berlaku beberapa kes pecah rumah termasuk pernah mengacukan parang ke arah seorang kanak-kanak dalam satu kes tahun lalu,” katanya yang menetap hampir tujuh tahun di kawasan berkenaan.

25/11/2010

Ramai hidap HIV melalui seks

25 November 2010




KUALA LUMPUR - Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Beliau berkata, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan dadah (IDU).
Katanya, lebih membimbangkan, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.
Malah kata beliau, menurut laporan Suruhanjaya mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi IDU dan mengadakan hubungan seks rambang akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.
"Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan. Keadaan ini agak membimbangkan,'' katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...