Translate

24/11/2010

Tip Telefon Bimbit Masuk Air

Keringkan Dengan Beras !


Telefon bimbit anda basah terjatuh / terendam didalam air atau basah kerana hujan? Jangan terburu-buru membawanya ke klinik telefon bimbit.

Sebab, ada cara sederhana yang boleh dilakukan untuk membuatnya kering luar-dalam seperti sediakala, yaitu menggunakan beras.



Jika semasa  telefon bimbit anda basah terkena air, segera matikan / suis-off telefon bimbit anda dengan serta merta dan keluarkan bateri beserta Kad SIM-nya. Ambil beras dan tempatkan dalam sebuah mangkuk atau bekas dan benamkan telefon bimbit itu ke dalamnya.  Beras akan berfungsi seperti gel silika, yang akan menyedut dan menyerap kelembapan.   Biarkan beberapa jam untuk memastikan telefon bimbit itu kering.  Jika telefon bimbit telah kering sepenuhnya, pasanglah kembali bateri dan Kad Simnya serta suis-on telefon bimbit anda.  InsyAllah.



Jangan sekali-kali mengeringkan telefon bimbit yang basah dengan menggunakan bahan pemanas yang berlebihan, seperti menggunakan pengering rambut (hair dryer), panas lampu, atau dijemur di bawah sinar matahari secara berterusan.



Cara-cara tersebut boleh merosakkan komponen dan connector pada telefon bimbit anda. Cara ideal untuk mengeringkan telefon bimbit adalah menggunakan kompresor udara bertekanan rendah atau vacuum cleaner.



Selamat mencoba.

23/11/2010

TAUBAT DAN RAHMAT

TAUBAT DAN RAHMAT

Taubat ini berhubung rapat dengan Rahmat ALLAH(swt) kerana apabila seseorang hamba itu bertaubat ia akan melalui Pengampunan dan pengampunan ini berhubung dengan Rahmat ALLAH(swt). Rahmat ALLAH(swt) meliputi segala sesuatu sesuai dengan firmanNya dalam surah al-A’araf ayat 156 yang bermaksud: “Dan RahmatKu meliputi segala sesuatu.” Rahmat ALLAH(swt) adalah lebih hampir  kepada orang-orang yang ta’at kepadaNya dan ber’ibadat dengan sabar dan sebaik-baiknya.
 Dalam surah al-A’araf ayat 56 ALLAH(swt) berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi ini, sesudah (ALLAH(swt)) memperbaikinya dan berdo’alah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan) sesungguhnya rahmat ALLAH(swt) amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.” Dalam sebuah hadith, Baginda Rasulullah(saw) bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihni maka ia tidak akan dikasihani.”

TAUBAT DAN TAUBAT NUSUH
        Taubat memberi dua pengertian. Pertama: Taubat dari ALLAH(swt) yang memberi erti bahawa ALLAH(swt) memberikan keampunan kepada hambaNya yang bersalah dan menyesal diatas kesalahannya. Kedua: Taubat dari hamba yang memberi erti bahawa hamba itu meminta keampunan dari ALLAH(swt) diatas kesalahannya.
        Taubat Nusuh adalah taubat yang sebenar-benarnya yang menuh dengan ke’azaman dan kesungguhan yang membawa kepada penyesalan apa yang dilakukan dari perbuatan ma’asiyat, dan diikuti dengan perasaan benci terhadap ma’asiyat. Dan jika sekiranya dosa itu akibat dari kecuaian dalam melakukan solat atau pun puasa dalam bulan Ramadhan, ianaya hendaklah ditunaikan kembali oleh sipelakunya dan jika ia satu kezaliman yang dilakukan terhadapa seseorang hendaklah memohon ma’af dari orang itu dan menyesal atas perbuatan yang dilakukannya.

ARRAGHIB ASFAHANI
        Menyatakan bahawa terdapat empat syarat iaitu:-
1.   Meninggalkan perbuatan yang dilarang itu kerana buruknya;
2.   Menyesal atas apa yang dilakukan dengan sesungguhnya;
3.   Ber’azam untuk tidak kembali mengulangi perbuatan itu, dan
4.   Menunaikan kembali apa yang cuai dengan sebaik mungkin.

Saiyidina Ali Ibn Abu Talib (r.a.) pernah berkata bahawa taubat itu memberi enam pengertian:-
1.   Kepada sesuatu yng berlaku dari dosa dengan rasa kesal;
2.   Menghilangkan fardhu dengan mengembalikannya;
3.   Mengembali kezaliman;
4.   Membiasakan diri dengan ta’at bagaimana ianya telah dibiasakan dengan perlakuan ma’asiyat,
5.   Sabar dan ta’at sebagaimana ia telah disukai dengan ma’asiyat.
Hassan al-Basri pernah berkata bahawa “Taubat Nasuha” itu ialah menyesal dengan sesungguhnya didalam hati dan beristighfar dengan lisan / lidah dan meninggalkan segala perbuatan ma’asiyat yang dilakukan oleh segala anggota tubuh dan bercita-cita tidak akan kembali lagi kepada melakukan ma’asiyat itu buat selama-lamanya.
Sheikh ‘Abdul Qadir pula berkata bahawa Taubat itu ialah kembali daripada barang yang dicela pada syara’ kepada barang yang dipuji pada syara’ dan mengetahui bahawasanya dosa dan ma’asiyat itu membinasakan dan menjauhkan dari ALLAH(swt) dan dari SyurgaNya, dan meninggalakan ma’asiyat itu akan menghampirkan kepada ALLAH(swt) dn kepada SyurgaNya.

PENERIMAAN TAUBAT
        Ayat-ayat suci al-Quran al-Kareem banyak memperkatakan tentang penerimaan Taubat itu dengan terdapatnya kalimah (at-Tawwab), sebanyak sebelas (11) kali, yang menunjukkan bahawa ALLAH(swt) menerima taubat dari hambaNya. Firman ALLAH (swt) dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud: BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERI TAUBAT DAN LAGI MENGASIHANI.”
        Ayat diatas menerangkan bahawa ALLAH(swt) mengasihani orang yang bertaubat dari apa yang telah dicuaikan dengan melakukan dosa dan ma’asiyyat, dan berusaha ia untuk mensuci dan membersihkan dirinya dengan bertaubat kepada ALLAH(swt), Tuhan yang ar-Rahman dan ar-Rahiim.
        Dalam surah al-Baqarah ayat 222 ALLAH(swt) berfirman yang bermaksud, SESUNGGUHNYA ALLAH ITU KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN KASIH KEPADA ORANG YANG MENSUCIKAN DIRI.” Imam al-Ghazali berpendapat bahawa setiap taubat yang benar itu akan diterima oleh ALLAH(swt) dan sambungnya lagi bahawa sesiapa yang menyangka bahawa taubat yang sebenar tidak diterima oleh ALLAH(swt) adalah seperti mengatakan matahari telah naik tetapi seluruh dunia masih gelap. Dengan ini mendorong kepada diri manusia supaya bertaubat kepada ALLAH(swt) dan membersihkan dirinya.
        Adakah menerima Taubat itu wajib bagi ALLAH(swt)? Penerimaan taubat itu tidak wajib bagi ALLAH(swt) tetapi kebenaran janji-janji ALLAH(swt) adalah pasti akan terjadi. Penerimaan taubat tidaklah berasaskan kepada wajib disisi ALLAH(swt) tetapi berasaskan kepada janji-janji ALLAH(swt) yang benar.
TAUBAT DAN DOSA BESAR
        Dosa besar adalah dosa-dosa yang mana  ALLAH(swt)  menjanjikan pelaku-pelakunya akan disiksa dengan ‘azab yang amat pedih dan meletakkan Hukum hadd (Hudud) buatnya seperti melakukan zina, mencuri dan membunuh. ALLAH(swt) berfirman dalam surah an-Nisaa ayat 31 yang bermaksud, JIKA KAMU MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR DIANTARA DOSA-DOSA YANG DILARANG KAMU MENGERJAKANNYA, NESCAYA AKAMI HAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN (DOSA-DOSA YANG KECIL) DAN KAMI MASUKKAN KAMU KETEMPAT YANG MULIA (SYURGA).” FirmanNya lagi dalam surah an-Najm ayat 32 yang bermaksud,MEREKA-MEREKA YANG MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR DAN (FAWAHISH) MELAINKAN DOSA-DOSA KECIL.” Rasulullah(saw) bersabda yang bermaksud:JAUHILAH TUJUH PERKARA YANG MEROSAKKAN”, MAKA DITANYAKAN KEPADA BAGINDA, “WAHAI RASULULLAH APAKAH DIA ITU?” MAKA DIJAWAB OLEH NABI(SAW): (1) MENSYIRIKKAN ALLAH, (2) MEMBUNUH DIRI YANG DIHARAM OLEH ALLAH MELAINKAN DENGAN BENAR, (3) SIHIR, (4) MAKAN RIBA, (5) MAKAN HARTA ANAK YATIM, (6) LARI DARI MEDAN PEPERANGAN, (7) MENUDUH PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN YANG TIDAK TERLINTAS DIHATINYA MELAKUKAN PERBUATAN BURUK LAGI BERIMAN.”
         Oleh itu, orang-orang yang melakukkan dosa-dosa besar apabila mereka bertaubat maka ALLAH(swt) menjanjikan menerima taubat mereka dan menghilangkan kejahatan mereka.

GESAAN TERHADAP TAUBAT DAN MEMOHON KEAMPUNAN
        Firman ALLAH(swt) dalam surah at-Tahriim ayat 8 yang bermaksud:WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT YANG SEBENAR-BENARNYA. MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGAMPUNKAN DARI KAMU KEJAHATAN-KEJAHATAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU KEDALAM SYURGA YANG MENGALIR DIBAWAHNYA SUNGAI.” Dalam surah an-Nuur ayat 31 ALLAH(swt) berfirman lagi dengan maksudNya:BERTAUBATLAH KAMU SEMUA KEPADA ALLAH WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN MUDAH-MUDAHAN KAMU BERBAHAGIA.” FirmanNya lagi dalam surah Ali Imran ayat 133 yang bermaksud:BERSEGERALAH KAMU KEPADA PENGAMPUNAN ALLAH DAN SYURGA YANG LUASNYA (SEPERTI) LANGIT DAN BUMI DISEDIAKAN UNTUK ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
Baginda Rasulullah (saw) bersabda bermaksud: TIDAK ADA SESUATU YANG DIKASIHI OLEH ALLAH DARI PEMUDA YANG BERTAUBAT, DAN TIDAK ADA SESUATU YANG LEBIH DIBENCI OLEH ALLAH DARI SESEORANG TUAN YANG MASIH LAGI MELAKUKAN MAA’ASIYYAT.” Sabda baginda lagi: CEPATLAH (KAMU) BERTAUBAT SEBELU M (KAMU) MATI DAN CEPATLAH (KAMU) BERSEMBAHYANG SEBELUM LANJUT MASA.” Diriwayatkan dalam Hadith yang lain yang bermaksud: BERTAUBATLAH (KAMU) KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU BERTAUBAT KEPADANYA TIAP HARI SERATUS (100) KALI.”
Dari ayat-ayat al-Quran al-Kareem dan Hadith Rasulullah(saw) diatas tadi fahamlah kita bahawa ALLAH(swt) dan RasulNya menggesa kepada seluruh Muslimiin dan Muslimaat supaya bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH(swt) setiap hari semoga kita semua berada dalam keadaan suci setiap masa.

ALLAH DAN ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT
        Apabila seseorang itu bertaubat maka ALLAH(swt) menjanjikan keampunan kepadanya dan juga ini adalah amat disukai oleh ALLAH(swt). FirmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: ALLAH KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN KASIH KEPADA ORANG-ORANG YANG MENSUCIKAN DIRI.” Rasulullah(saw) bersabda yang bermaksud: WALAUPUN KAMU MELAKUKAN KEBURUKAN (DOSA) SEHINGGA MELANGIT SEKALIPUN, KEMUDIANNYA KAMU MENYESAL, NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEAMPUNANNYA KEPADA KAMU.”
        Kembalinya kita kepada ajaran agama ISLAM dan kepada Fitrah ALLAH(swt) adalah sifat orang-orang mukmin. Semoga kita akan tergulung dikalangan orang-orang yang bertaqwa yang seharusnya memohon keampunan kepada ALLAH(swt) diatas segala kesalahan, kejahatan serta perlanggaran larangan ALLAH(swt) yang telah dilakukan dan semoga dengan pengampunan dari ALLAH(swt) Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kita akan dikasihi olehNya. Amiin ya Rabbal ‘Alamiin.



Renungan

RENUNGAN

  
UCAPKANLAH TA’AZIYAH KEPADA MEREKA-MEREKA
YANG MENINGGALKAN SOLAT.

BARANGSIAPA (YANG) SENANG MINUM AIR
MAKA IA TIDAK AKAN MERASA RINDU KEPADA SYURGA

BARANGSIAPA MENGENAL ALLAH
TIDAK ADA SUATU PUN PERKARA YANG TERSEMBUNYI BAGINYA

TIDAK ADA GUNANYA MEMPUNYAI HARTA YANG BANYAK,
DAN WANG BERJUTA
JIKA TIDAK DIBELANJAKAN KEJALAN ALLAH

TIDAK ADA KELEBIHAN SESEORANG DIANTARA KITA
MELAINKAN ORANG YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH

KEBODOHAN YANG PALING HINA ADALAH
MELAKUKAN DAN BERBUAT KEMA’ASIYATAN TANPA HENTINYA

POKOK SEGALA KESALAHAN ITU TIGA PERKARA IAITU:
SOMBONG, HASAD DAN TAMAK HALOBA
DITAMBAH PULA DENGAN ENAM PERKARA LAGI IAITU:
KENYANG, BANYAK TIDUR, BERSENANG-SENANG,
MENCINTAI HARTA, MENCINTAI PUJI-PUJIAN
DAN MENCINTAI PANGKAT / KEDUDUKAN

ALLAH (SWT) TIDAK AKAN MENERIMA ‘AMALAN TAMBAHAN SESEORANG
JIKA SEKIRANYA IA TIDAK  DIKERJAKAN DENGAN IKHLASS

SAIYIDINA ‘ALI IBN ABU TALIB (r.a.) BERKATA:
“ ‘ILMU ADALAH PUSAKA PARA-PARA NABI
SEDANGKAN HARTA ADALAH PUSAKA QARUN DAN FIR’AUN.”

TIDAK AKAN DAPAT SUATU KEBAIKAN DALAM BER’IBADAT TANPA ‘ILMU
‘ILMU ITU MERUPAKAN PENGHARUM ‘AMAL JASAD
SEDANGKAN HARTA AKAN BERTAMBAH HABIS DENGAN DIBELANJAKAN

‘ILMU ADALAH PENEGAK KE’ADILAN
SEMENTARA HARTA PULA PERUNTUHNYA

BAGI SESIAPA YANG TIDAK TERBUKA MATA HATINYA,
DIA AKAN BUTA TERHADAP KEBENARAN
DAN RASA MALUNYA TERHADAP ALLAH (SWT)

ORANG YANG MENGINGINKAN KEMULIAAN DIAKHIRAT
MAKA DIA AKAN MENINGGALKAN PERHIASAN DUNIA

DOSA-DOSA ITU MERUPAKAN RACUN YANG SANGAT BERBISA
DAN MEROSAKKAN JIWA, HATI DAN AGAMA
DAN IA MERUPAKAN TABIR ANTARA SESEORANG
DENGAN APA SAHAJA YANG DIANGGAP SEBAGAI KEKASIHNYA

“PENYESALAN DAN RASA KESAL ITU ADALAH TAUBAT”
(DIRIWAYATKAN OLEH IBNU MAAJAH, IBNU HIBBAN DAN AL-HAKIIM)

Kata-Kata Hikmah Saiyidna Abu Bakar (r.a)

PETIKAN KATA-KATA HIKMAH DARI SAIYIDNA ABU BAKAR (r.a.)

         “ SESUNGGUHNYA BERDIRI IBLIS DIDEPAN MU, JIWA BERADA DISEBELAH KANAN MU, NAFSU BERADA DISEBELAH KIRI MU, DUNIA BERADA DIBELAKANG MU, SEMUA ANGGOTA TUBUH BERADA DISEKITAR DIRI MU SEDANGKAN ALLAH(swt) BERADA DIATAS MU.”

            “ MAKA MENGHASUTLAH SIIBLIS KEPADA MU AGAR ENGKAU MENINGGALKAN AGAMA MU, JIWA MENDORONGMU KEARAH MELAKUKAN MA’ASIYAT, NAFSU MERONTA-RONTA AGAR ENGKAU MEMENUHI TUNTUTAN SYAHWAT SEDANGKAN DUNIA MENGAJAK MU MEMILIHNYA DARI AKHIRAT, ANGGOTA TUBUH MU MEMINTA AGAR KAMU MELAKUKAN SEBANYAK MUNGKIN DOSA DAN ALLAH(swt) MENGHENDAKI KAMU SUPAYA MEMASUKI SYURGANYA SERTA MENDAPATKAN KEAMPUNANYA.”
         “SESIAPA YANG MEMENUHI PELAWAAN IBLIS MAKA HILANGLAH AGAMA DARI DIRINYA; SESIAPA YANG MENURUTI AJAKAN JIWANYA MAKA HILANGLAH NILAI NYAWANYA; SESIAPA YANG MENGIKUTI TUNTUTAN NAFSUNYA MAKA HILANGLAH ‘AQAL DARI DIRINYA; SESIAPA YANG MENURUTI AJAKAN ANGGOTA TUBUHNYA MAKA HILANGLAH SYURGA UNTUK DIRINYA TETAPI SESIAPA YANG MEMENUHI PELAWAAN ALLAH(swt) MAKA SESUNGGUHNYA AKAN HILANGLAH PADA DIRINYA SEMUA KEJAHATAN SERTA IA AKAN MEMPEROLEHI SEGALA KEBAIKAN.”

(40) PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

EMPAT PULUH (40) PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
MENURUT AL-QURAN  AL-KARIIM DAN SUNNAH RASULULLAH (SAW)

1.            SYIRIK  TERHADAP  ALLAH (swt)
2.            MENINGGALKAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU
3.            MENINGGALKAN PUASA DIBULAN RAMADHAN
4.            ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT SAMADA DENGAN SEBAB KEJAHILAN ATAU KEBODOHAN ATAU KEANGKUHAN
5.            ENGGAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI DIBAITULLAH WALAUPUN TELAH BERKEMAMPUAN DARI SEGI KEWANGAN DAN KESIHATAN
6.            RIDDAH (MURTAD)
7.            KUFUR TERHADAP ALLAH (swt)
8.            MENGINGKARI TAQDIR ALLAH (swt)
9.            BER’AMAL SELAIN MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH (swt)
10.         MENTA’ATI SELAIN PERINTAH ALLAH(swt) DAN RASULULAH
11.         BERTAWAKKAL KEPADA SELAIN DARI ALLAH (swt)
12.         MEMPERHAMBAKAN MANUSIA
13.         BERPALING DARI PERINGATAN AL-QURAN
14.         MENGKHIANATI AMANAH ALLAH (swt) DAN RASULULLAH
15.         MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN AYAT ALLAH (swt) KERANA TAKUT KEPADA ANCAMAN MANUSIA
16.         MENGUBAH DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH (swt)
17.         MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN QAUM MUSLIMIIN
18.         MEMPERMAINKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM
19.         MENGHUKUM DENGAN HUKUM MANUSIA DAN MENOLAK HUKUM  ALLAH (swt)
20.         MENGHALALKAN PERKARA YANG TELAH DIHARAM OLEH ALLAH (swt)  DAN MENGHARAMKAN PERKARA YANG TELAH DIHALAL OLEH ALLAH (swt)
21.         MENGAJAK UMMAT ISLAM SUPAYA MENINGGALKAN JIHAD FI SABILILLAH
22.         MENGKAFIRKAN SESAMA MUSLIM
23.         CINTA KEPADA KEHIDUPAN DUNIA (HUBBUD DUNIA) MELEBIHI CINTA KEPADA ALLAH (swt) ATAU AKHIRAT
24.         MENG’AMALKAN CARA KEHIDUPAN ORANG KAFIR
25.         BERPEGANG TEGUH KEPADA ADAT RESAM NENEK MOYANG YANG BERLAWANAN DENGAN SYARI’AT ISLAM
26.         BERMUKA DUA IAITU MUNAFIQ ( AN-NIFAQ)
27.         BER’AMAL DENGAN RIYAKN (MENUNJUK-NUNJUK)
28.         GEMAR MENG’AMALKAN PERKARA-PERKARA YANG BIDH’AAH
29.         MEMBUAT PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG YANG BERLAWANAN DENGAN PETUNJUK ALLAH (swt) DAN RASULNYA
30.         TIDAK BER’ADAB TERHADAP RASULULLAH (saw)
31.         MENGANGKAT ORANG KAFIR MENJADI PEMIMPIN
32.         MENOLONG ORANG KAFIR MENGINTIP RAHSIA UNTUK MENJAHANAMKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
33.         MEMBERIKAN AMANAH ATAU KEPERCAYAAN KEPADA ORANG KAFIR UNTUK KEPENTINGAN UMMAT ISLAM
34.         MEMOHON KEAMPUNAN DOSA DAN KESEJAHTERAAN BAGI ORANG KAFIR
35.         TA’ASUB KEPADA ‘ULAMA’ DALAM PERKARA MA’ASIYAT
36.         MEMPERCAYAI TUKANG TENUNG
37.         MEMPERCAYAI DAN MENG’AMALKAN SIHIR
38.         MEMPERCAYAI KUASA-KUASA ‘AZIMAT
39.         BERSUMPAH DENGAN SELAIN DARI NAMA ALLAH (swt)
40.     MEMUTUSKAN SILATURRAHIIM   

BUNGA BISMILLAH




1.         TELAH BERSABDA RASULULLAH(S.A.W.): ADALAH JIBRIL APABILA IA DATANG KEPADA KU PERTAMA-TAMA YANG DIBERIKANNYA KEPADA KU IALAH ‘BISMILLAHIR RAH MANIR RAHIM’”

2.     BARANGSIAPA YANG INGIN DIPELIHARAI DARI SIKSA NERAKA ZABANIYAH YANG 19, MAKA HENDAKLAH IA MENGUCAPKAN ‘BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM’ KERANA ALLAH (SWT) MENJADIKAN TIAP-TIAP HURUF BISMILLAH ITU SEBAGAI PERISAI.

3.     BARANGSIAPA YANG SENTIASA MEMBACA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM  DITULISKAN BAGINYA TIAP-TIAP HURUF 4,000 KEBAJIKAN, DIHAPUSKAN DARINYA 4,000 KEBURUKAN DAN DIA DIANGKATKAN   MEMPUNYAI  SEBANYAK 4,000 DARJAT (KELEBIHAN).

4.     JIKA SESEORANG ITU MEMBACA BISMILLAHIRRAH MANIR RAHIM SEBANYAK 41 KALI PADA TELINGA ORANG YANG PENGSAN, MAKA  INSYA ALLAH  DENGAN IZIN DAN KEHENDAK ALLAH (swt) DIA AKAN SEGERA BANGUN.

5.     BARANGSIAPA YANG MEMBACA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SEBANYAK 21 KALI KETIKA HENDAK TIDUR, MAKA AMANLAH IA PADA MALAM ITU DARI GANGGUAN SYAITAN YANG TERKUTUK DAN DARI KEJAHATAN MANUSIA DAN JINN, SELAMAT DARI KECURIAN, KEBAKARAN, PENYAKIT, MAUT YANG MENDADAK DAN TERTOLAK DARI  KEBURUKAN DAN  BENCANA.

6.     BARANGSIAPA MENGUCAPKAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM DAN ‘HAUQALA’, NESCAYA ALLAH(swt) AKAN MEMBUKAKAN 70 PINTU UNTUK MELEPASKANNYA DARI BERMACAM-MACAM BALA, KESUSAHAN, DUKACITA DAN KEBINGUNGAN.

7.     JIKA DIBACA SEBANYAK 786 KALI PADA SEGELAS BERISI AIR DIMALAM HARI, KEMUDIAN PADA PAGI HARINYA KETIKA MATAHARI SEDANG TERBIT, AIR TERSEBUT DIMINUMKAN PADA ANAK ANDA, INSYA ALLAH, MINDA (OTAK) ANAK ITU AKAN MENJADI CERGAS.

8.     JIKA DIBACA SEBANYAK 50 KALI KETIKA HENDAK MENEMUI ORANG ZALIM YANG MENGANCAM, MAKA DENGAN IZIN SERTA PERTOLONGAN ALLAH(SWT) ORANG TERSEBUT AKAN BERSIMPATI YA’ANI BERLEMBUT HATI

9.     APABILA ‘BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM’ DITULIS SEBAYAK 101 KALI DAN DIMASUKKAN KEDALAM BOTOL DAN KEMUDIAN DITANAM DITENGAH-TENGAH TANAMAN MAKA AKAN SELAMAT DARI SERANGAN HAMA, BURUNG / TIKUS DAN LAIN-LAIN.

10.    BARANGSIAPA MEMPERBANYAKKAN SEBUTANNYA UNTUK SESUATU MAKSUD, KHUSUS UNTUK MENDATANGKAN REZEKI, NESCAYA DIBERIKAN REZEKI OLEH ALLAH(SWT) DENGAN MUDAH DAN TIDAK DIDUGA-DUGA DAN DIBERI KURNIA KEHEBATAN DIHATI MANUSIA DAN DISISI ALAM YANG TINGGI DAN ALAM YANG RENDAH.

11.    BARANGSIAPA MEMBACANYA 100 KALI ATAS APA SAJA PENYAKIT, ATAU ORANG YANG KENA SIHIR, SELAMA TUJUH HARI BERTURUT-TURUT ATAU LEBIH, NESCAYA ALLAH(SWT) AKAN HILANGKAN PENYAKIT DAN SIHIR ITU.

12.    BAHAWA SEKELIAN WUJUD POHON AKAN KEMBANG BERCABANG DENGAN BACAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM DAN TIAP-TIAP ALAM BERDIRI DENGAN DIA SECARA RINGKAS ATAU TERPERINCI. MAKA OLEH KERANA ITU, BARANGSIAPA YANG MEMPERBANYAKKAN BACAANNYA ATAU MENYEBUTNYA, ALLAH(swt) AKAN MENGURNIAKAN KEHEBATAN KEPADANYA DISISI ALAM YANG TINGGI DAN RENDAH. DAN BARANGSIAPA YANG MENGAJARKANNYA APA-APA YANG DIPERTARUHKAN DIDALAMNYA DARIPADA SEGALA MACAM RAHSIA NESCAYA IA TIDAK AKAN DIMAKAN API.

Amalan Untuk mendapat Keampunan Allah S.W.T

AMALAN – AMALAN YANG DILAKUKAN
UNTUK MENDAPATKAN KEAMPUNAN ALLAH (swt)

ALLAH (swt) berfirman dalam al-Quran al-Kariim yang bermaksud:

1.            “Sesungguhnya perbuatan – perbuatan yang baik (kebajikan) itu menghapuskan perbuatan – perbuatan buruk (dosa). Itulah peringatan bagi orang – orang yang ingat.” (Surah HUD ayat 114)

2.            “Katakanlah (Hai Muhammad) kepada orang – orang kafir itu. Jika mereka berhenti (dari kekafiran) nescaya ALLAH akan mengampuni mereka tentang dosa – dosa mereka yang telah lalu.” (Surah al-Anfaal ayat 38)

Petikan – petikan Hadith Rasulullah (saw):

1.            Amr ibnu al-‘Aas meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda yang bermaksud: “Dan sesungguhnya hijrah itu dapat menghapuskan dosa – dosa yang telah lalu.” (Hadith riwayat Muslim)

2.            Abu Hurairah (r.a.) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud: “Apabila Imam telah mengucapkan Amiiin maka ucapkanlah Amiiin kerana siapa saja yang mengucapkannya (adalah) bersamaan dengan ucapan Malaikat maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

3.            Mendirikan solat dua reka’at setelah berwudhuk: Rasulullah (saw) telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berwudhuk dan ia memperbaiki wudhuknya, dan setelah itu ia mendirikan solat dua reka’at dan (ia) tidak lalai dari keduanya (ya’ani ia khusyu’ melakukannya) maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” (Hadith riwayat Ahmad dihasankan oleh Sheikh Albani)

4.            Sahl bin Handhalah (r.a.) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud: “Tidaklah suatu qaum itu berkumpul untuk mengingati ALLAH(swt) kemudian mereka berpisah, kecuali dikatakan kepada mereka: Bangkitlah kalian dalam keadaan mendapatkan pengampunan’. (Disahihkan oleh Sheikh Albani)

5.            Rasulullah (saw) bersabda kepada Saidina ‘Ali (kw):
Jika manusia menghampirkan diri kepada ALLAH (swt) dengan melakukan berbagai ‘amal kebajikan, (maka) hampirkanlah diri kamu kepada ALLAH (swt) dengan ‘ilmu pengetahuan.”

10 KELEBIHAN MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIIM




1.         MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH(swt) KERANA ALLAH(swt) AMAT SUKA KEPADA ORANG YANG MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIIM DEMIKIAN JUGA DENGAN PENDUDUK LANGIT DAN BUMI.
2.         MENGEMBIRAKAN PARA MALAIKAT KERANA MEREKA AMAT KASIH KEPADA ORANG YANG MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIIM.
3.         MENAMBAHKAN PAHALA ‘AMAL ‘IBADAHNYA SETELAH IA MATI KELAK.
4.         DAPAT MENAMBAH DAN MENIMBULKAN RASA KASIH SAYANG DALAM PERGAULAN SEHARIAN.
5.         MENAMBAH KEBERKATAN KEPADA REZEKINYA.
6.         ALLAH(swt) AKAN MELANJUTKAN USIANYA.
7          .MEMBUATKAN IBLIS DAN SYAITAN BERTAMBAH GELISAH DAN SAKIT HATINYA.
8.         AKAN DIHORMATI DAN DISEGANI OLEH MASYARAKAT YANG BERADA DISEKELILINGNYA.
9.         DAPAT MENGEMBIRAKAN JENAZAH YANG BERADA DI’ALAM BARZAKH KERANA MEREKA AMAT MENYUKAI KEPADA SILATURRAHIIM.
10.       DAPAT MENCETUSKAN KEGEMBIRAAN PADA KEDUA BELAH PIHAK OLEH KERANA TIADA KEGEMBIRAAN YANG PALING AFDHAL MELAINKAN MENGEMBIRAKAN HATI ORANG – ORANG YANG BERIMAN.

10 KECELAKAAN PEMINUM ARAK





1.         PEMINUM ARAK AKAN MENJADI SEPERTI ORANG GILA KERANA ‘AQALNYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK DAN TERCELA PADA PANDANGAN ORANG (YANG) WARAS.
2.         MEMINUM ARAK (KHAMAR) ADALAH PERBUATAN (YANG) MEMBAZIR KERANA MEMBELI SESUATU YANG TIDAK MEMBAWA MANFA’AT MALAH (IA) MENDATANGKAN MUDHARAT.
3.         ARAK BOLEH MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN PERSENGKETAAN SESAMA SENDIRI.
4.         ARAK MENJADIKAN SIPEMINUMNYA LALAI DARI MENGINGATI ALLAH (swt).
5.         IA BOLEH MENJERUMUSKAN SESEORANG YANG MEMINUMNYA KELEMBAH PERZINAAN SERTA BERLAKUNYA KERUNTUHAN RUMAH TANGGA.
6.         ARAK ITU ADALAH ANAK KUNCI KEPADA SEGALA KEJAHATAN. APABILA ‘AQAL SUDAH TIDAK WARAS MAKA SIPEMINUMNYA AKAN MELAKUAKAN APA SAHAJA SEPERTI MEROMPAK, MEROGOL, MEMBUNUH DAN SEBAGAINYA.
7.         MEMINUM ARAK AKAN MEMBUATKAN MALAIKAT MENJAUHKAN DIRINYA DARI SIPEMINUMNYA. BAGAIMANAKAH NASIBNYA  APABILA RAHMAT ALLAH (swt) SEMAKIN JAUH?
8.         HUKUMAN MEMINUM ARAK ITU IALAH DIROTAN DENGAN SEBANYAK 80 SEBATAN (ROTAN). JIKA IA TERLEPAS DARI MENERIMA HUKUMAN ITU DIDUNIA INI, MAKA DI AKHIRAT NANTI IA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI DARI ALLAH(swt).
9.         SELAMA 40 HARI ‘AMAL KEBAJIKANNYA TIDAK AKAN DITERIMA & TIDAK DIANGKAT OLEH MALAIKAT KEPADA ALLAH (swt).
10.       DIKHUATIRKAN IA MATI DALAM KEADAAN KAFIR SEBELUM SEMPAT (IA) BERTAUBAT.  

Percutian Di Pulau Sibu


22/11/2010

Kapal Terbesar Didunia


Tip untuk menghilangkan bau kaki

Mungkin ramai orang mempunyai masalah bau kaki dan telapak kaki yang busuk. Apalagi sewaktu  membukanya kasut, stokin atau sendal akan mengeluarkan bau yang sangat menjijikkan.

Tips nya begini:


1. Siapkan air panas suam di dalam bekas plastik / basin (yang perlu kedua kaki anda boleh direndam di dalamnya).

2. Kemudian masukkan sisa dari serbuk teh yang anda telah gunakan (untuk lebih mudah gunakan teh uncang).

3. Kemudian rendam telapak kaki anda selama 5-10 minit dalam air tersebut.

4. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu untuk membuahkan hasil yang sempurna.

Khasiat Bawang Putih 1

Ini bukan dongeng tentang si bawang merah dan bawang putih, tapi kita akan mengenal lebih jelas tentang kemujaraban Bawang Putih untuk kesihatan kita.

Bawang putih termasuk dalam keluarga bawang, yang memiliki bau yang khas, keajiban dari bawang putih ini adalah kerana keberkesanannya untuk kesihatan yang yang cukup mantap.

Bawang putih bertindak sebagai antiseptik yang mempunyai kemampuan untuk mencegah infeksi pada kulit.  Bawang putih juga bertindak sebagai antioksidan yang seperti kita ketahui bahwa antioksidan berperanan dalam mencegah kerosakan radikal bebas yang penting dalam proses penuaan, penyakit kardiovaskuler (jantung) dan kanser. 

Dalam penelitian serta kajian telah menunjukkan bahwa bawang putih merupakan pelarut lemak yang dapat menurunkan kadar kolesterol darah yang bererti menurunkan risiko penyakit jantung.

Kemampuan lain bawang putih dapat beraksi sebagai antibakteria dan antiviral kerana bawang putih mengandung tambahan sulphur yang memberi nilai yang lebih untuk kesihatan.  Bahkan kajian yang dijalankan di Toronto menyatakan bahwa bawang putih mengandung disulfide yang dapat mengekang penyakit malaria.

Untuk memperolehi keberkesanan yang lebih efektif dari bawang putih, yang paling baik dimakan secara mentah-mentah atau dalam bentuk minyak bawang putih. 

Jika kamu ingin kuat dan cerdas, maka makanlah bawang putih setiap hari lantas minum segelas susu pada pagi hari setelah bangun tidur.” Secara ilmiah telah ditetapkan bahwa bawang putih dapat membersihkan kolesterol yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan sakit jantung.  Bawang putih dapat melarutkan dan membersihkan dari segala kuman dan bakteria.   Oleh kerana itu, ia berfungsi sebagai anti biotik.  Bawang putih mengandung 49% protein, 25% zat belerang, garam, hormon yang dapat meningkatkan kemampuan seksual, antibiotic, pelancar kencing, liver dan enzim-enzim karbohnat.   Ia juga dapat melarutkan lemak dan mampu membunuh bibit-bibit cacing 

Kita sudah ketahui bahawa banyak munfaat dari Si Bawang Putih ini dan kita dapat menggunakan kemampuannya untuk membantu kesihatan kita.

Semoga informasi ini dapat membantu anda dalam memilih menu makanan yang sihat untuk anda dan keluarga.

Selamat mencuba.  InsyAllah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...