Translate

24/12/2010

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 12


Yang di-Pertuan Agong
Img agung12 2.gif
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Yang di-Pertuan Agong ke-12
Raja Permaisuri AgongTengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
NegeriPerlis
Keputeraan1943
Kemangkatan
Mula jawatan13 Disember 2001
Tamat jawatan12 Disember 2006
Penyandang terdahuluSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
Penyandang kemudianSultan Mizan Zainal Abidin
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di ArauPerlispada 17 Mei 1943.Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.
Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya,Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April2000, selepas ayahandanya mangkat,Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.

Isi kandungan

 [sorok]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...